Unit Bimbingan & Kaunseling

Pelajar yang mempunyai masalah dan perlu dibantu atau ingin mendapat bimbingan kerjaya bolehlah memperolehinya daripada 1 orang Guru Kaunseling Sepenuh Masa yang bertugas mengikut waktu pembelajaran. Guru kaunseling pelajar di sekolah ini dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang telah komited untuk membantu pelajar yang bermasalah atau perlu bantuan untuk memajukan diri di dalam pembelajaran mereka.
Pn. Nor Azlina Binti Ismail
Guru Kaunseling Sepenuh Masa DG41
Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling (Kepujian), UPSI, 2008
Bidang tugas utama Guru Bimbingan & Kaunseling
  1. Kaunseling akademik.
  2. Psikososial dan kesejahteraan mental.
  3. Bimbingan kerjaya.
  4. Pembangunan diri.
  5. Pencegahan dadah & inhalan.
  6. Keibubapaan.
  7. Kaunseling individu/bimbingan individu.
  8. Kaunseling kelompok/bimbingan kelompok.

Pelajar adalah dialu-alaukan untuk berjumpa dengan kaunselor pelajar pilihan masing-masing. Berdua adalah lebiih baik dari seorang. Luahkan masalah anda dan dapatkan bimbingan sebelum terlambat.

Semua MAKLUMAT yang anda berikan kepada kaunselor adalah tertakhluk kepada Akta Kaunselor (Kerahsiaan). Maklumat anda adalah SULIT.

Maklumat Lanjut sila klik http://smeks2ubk.blogspot.com


Catatan Paling Popular