Khamis, 25 Ogos 2011

KOPERASI SMEKS2 PENERAJU TRADISI

KUDAT, 23 Ogos 2011 - Koperasi Smeks2 atau tepatnya Koperasi SMK Sikuati II Kudat Berhad bakal menjadi peneraju tradisi majlis makan koperasi khususnya di Daerah Kudat kerana setakat ini belum pernah kedengaran koperasi-koperasi sekolah lain menganjurkan program seumpama ini.

Dalam ucapan alu-aluan pihak penganjur, En. Nalmon Goyi yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi  (ALK) SMK Sikuati II Kudat Berhad, merakamkan kesyukuran atas kejayaan koperasi pimpinannya.  Beliau kemudiannya merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ALK dan ahli Kelab Koperasi Smeks2 yang baginya sentiasa ceria dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.  Beliau turut merakamkan penghargaan khas kepada pihak sekolah yang banyak memberikan peluang dan kerjasama kepada pihak koperasi, malah menurut beliau kejayaan menganjurkan majlis itu juga adalah hasil kerjasama semua warga Smeks2.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sikuati II, Tn. Hj. Ismail bin Tukimin.  Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada semua ALK dan para petugas koperasi (ahli Kelab Koperasi Smeks2) sesi 2010/2011.  Semasa  perasmian, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan koperasi atas perkhidmatan yang cemerlang kepada warga sekolah, khususnya kepada para murid.  Menurut beliau lagi, penganjuran majlis pada malam itu menjadi  salah satu penanda aras baru bagi menunjukkan kejayaan  sesebuah koperasi.
                       Gambar Atas                                                    
      Pengetua Smeks2 Tn. Hj. Ismail Tukimin                    
     (tengah) menyampaikan sijil kepada
     Pengerusi ALK Smeks2 En. Nalmon Goyi.
     Turut kelihatan ialah En. Wilfred Botohong,
     Ketua Penasihat Kelab Koperasi Smeks2.
                                                                                                  ALK (MURID) SESI 2010/2011
 P.K. 1 Smeks2, En. Johori Botohong menyampaikan hamper kepada yang bertuah, Pn. Arnni Guntarik (ALK).                                                             
Selain acara makan malam dan penyampaian sijil-sijil penghargaan, majlis itu juga dimeriahkan dengan acara cabutan tiket bertuah.  Antara yang bertuah pada malam tersebut termasuklah Pn. Eillen (PK Hem), Pn. Arnni (ALK) dan adik Rio Lorenzo (ALK murid).  Hadirin turut disajikan dengan persembahan nyanyian daripada guru-guru.  Mereka yang memeriahkan majlis dengan persembahan nyanyian termasuklah pengerusi ALK sendiri, En. Nalmon,  PK Pentadbiran En. Johori, En. Joliwon, En. Marinus, En. Wilfred (Ketua Penasihat Kelab Koperasi Smeks2) dan Cik Malini. Majlis ini dihadiri oleh semua ALK dan semua pentadbir Smeks2, iaitu pengetua, penolong-penolong kanan, ketua-ketua bidang, ketua warden dan ketua guru disiplin murid.

Isnin, 15 Ogos 2011

Jamuan Sungkai Perpisahan Dan Majlis Jasamu Dikenang

Jamuan Sungkai Dan Majlis Jasamu Dikenang yang dianjurkan oleh Kelab Staf Smeks2 dilaksanakan dengan meriah dan penuh simbolik semalam (14 Ogos 2011) di Marudu Hall, Marina Resort, Kudat. Majlis yang penuh bermakna itu dimulakan kira-kira jam 5.50pm dengan ucapan En. Jafar Kumah (Pengerusi Kelab Staf), ucapan Tn. Hj. Ismail Tukimin (Pengetua SMK Sikuati II) dan ucapan perpisahan oleh 3 orang guru yang berpindah iaitu Pn. Juliana Ampion, En. Lamsudi Sarnika dan Pn. Linda Tali.
Pn. Juliana Ampion

Pn. Juliana Ampion, Ketua Bidang Bahasa di SMK Sikuati II telah berpindah ke SM St. Peter untuk menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Di dalam ucapannya ia menyatakan bahawa beliau sangat suka dengan suasana kerja di SMK Sikuati II, yang mana hubungan pentadbir dengan semua guru-guru dan AKS adalah sangat rapat. Beliau berkata "...jika saya diberi peluang untuk kembali bertugas di SMK Sikiuati II, saya tidak akan menolak peluang tersebut."

En. Lamsudi Sarnika, Guru Kaunselor Sepenuh Masa di SMK Sikuati II, telah berpindah ke SMK Banggi untuk menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Beliau berkata di dalam ucapanya "Smeks2 memang power...". Perkara yang beliau tidak dapat lupakan adalah tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak pentadbiran terutamanya pengetua, apabila ia memerlukannya di dalam menjalankan tugas di sekolah ini. Beliau berkata ia akan menggunakan pengalaman yang ia perolehi di sekolah ini untuk menjalankan tugasnya di SMK Banggi.

Pn. Linda Tali, Ketua Panitia Bahasa Melayu, telah berpindah ke SMK Abdul Rahim II untuk menjawat Ketua Bidang Bahasa. Di dalam ucapannya beliau berkata ia banyak mendapat pengalaman di sekolah ini dan yang paling ia suka adalah suasana kerja yang di SMK Sikuati II. Jika ada peluang beliau mahu bertugas kembali di SMK Sikuati II.
En. Lamsudi Sarnika & Tn. Hj. Ismail Tukimin

Majlis ini diserikan lagi dengan acara-acara seperti persembahan multimedia jasmu dikenang, penyampaian momento jasamu dikenang, sesi bergambar kenang-kenangan dan persembahan nyanyian oleh guru-guru Smeks2. Momento jasamu dikenang daripada seluruh pelajar Smeks2 disampaikan oleh adik Vivian Manau, Ketua Pengawas SMK Sikuati II kepada ketiga-tiga guru yang berpindah. Momento daripada PRS disampaikan kepada En. Lamsudi Sarnika oleh Ketua PRS SMK Sikuati II.

Tn. Hj. Ismail Tukimin di dalam ucapannya berkata "...kita mendoakan agar mereka terus berjaya di dalam kerjaya mereka di tempat bertugas yang baru". Beliau berharap pengalaman yang telah ditimba di sekolah ini dapat diaplikasikan, walau di manapun mereka bertugas untuk manfaat murid-murid dan kemajuan pendidikan di negara ini. Majlis bersurai sekitar jam 10.00pm.

Pn. Juliana Ampion, Pn. Linda Tali & En. Lamsudi Sarnika
Duduk (Dari Kiri): Jafar Kumah, Jukip Yuroy, Lamsudi Sarnika, Nalmon Goyi, Johori Botohong, Tn. Hj. Ismail Tukimin, Eillen Petra Francis, Juliana Ampion, Linda Tali, Ivy Christopher Gissong, Nor Afzan Suhaimi, Nor Azlina Ismail

Selasa, 9 Ogos 2011

EXCEL 2 PMR & SPM 2011

Ujian EXCEL 2 PMR & SPM 2011 sedang berjalan di SMK Sikuati II. Ujian EXCEL 2 PMR & SPM dilaksanakan di SMK Sikuati II berpandukan jadual yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Ujian EXCEL 2 PMR dilaksanakan di SMK Sikuati II pada 8 Ogos 2011 (Isnin) sehingga 11 Ogos 2011 (Khamis) sementera Ujian EXCEL 2 SPM dilaksanakan pada 8 Ogos 2011 (Isnin) sehingga 22 Ogos 2011 (Isnin).
Pelajar Tingkatan 3 Amanah sedang menjawab BI Kertas 2
[9.20am/9/8/2011]

Pelajar Tingkatan 3 Dedikasi sedang menjawab soalan BI Kertas 2
[9.12am, 9/8/2011]

Tingkatan 5 Teknokrat sedang menjawab BM Kertas 2
[10.38, 9/8/2011]
Di antara tujuan EXCEL 2 PMR dan SPM adalah untuk menilai tahap persediaan pelajar terhadap peperiksaan PMR & SPM 2011, yang mereka akan hadapi pada hujung tahun ini. Mengikut pengalaman pada tahun-tahun lepas, keputusan EXCEL 2 PMR & SPM, boleh dijadikan indicator kepada pencapaian sebenar pelajar di dalam peperiksaan PMR & SPM pada tahun berkenaan. Keputusan ujian ini juga akan digunakan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan pelajar untuk dibuat penambahbaikan melalui Program Kecemerlangan Pelajar yang dilaksanakan sejak Jun 2011 sehingga menjelang peperiksaan PMR & SPM 2011.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Majlis Perasmian Bulan Sukan & Seni 2011

 
Pada tarikh 3/8/2011 bersamaan dengan hari rabu telah diadakan majlis perasmian penutupan bagi bulan sukan dan seni anjuran unit ko-kurikulum. Bersempena dengan majlis perasmian penutupan ini juga telah dijalankan konsert akhir Smeks2 Idol edisi ke-7 yang merupakan acara kemuncak pada program ini. Konsert ini telah diadakan bertempat di foyer terbuka SMK Sikuati 2.

Konsert akhir ini menampilkan 5 finalist yang berentap bagi merebut gelaran juara bagi edisi ini. Majlis ini bermula dengan ucapan daripada tuan Pengetua SMK Sikuati 2 iaitu Tuan Hj. Ismail Tukimin. Kehadiran pada konsert akhir kali ini adalah agak sederhana terutama daripada kalangan ibubapa. Namun begitu kemeriahannya tetap dirasakan dengan persaingan yang sengit daripada kalangan peserta.

Selain daripada konset akhir Smeks2 Idol. Pertandingan pengacara terbaik juga diadakan. Begitu juga dengan pertandingan daripada persembahan kelab dan persatuan. Pertandingan seumpama ini telah dapat mencungkil bakat dan memberikan peluang kepada pelajar untuk menujukkan kebolehan mereka dalam banyak bidang seperti nyanyian, lakonan dan tarian.

Keputusan akhir bagi Smeks2 Idol ialah dijuarai oleh adik RS. Aldermaye dari kelas ting. 1 A dan mewakili kelab KKVK. Sementara tempat kedua oleh adik Florist Ann Jimer dari kelas 2A mewakili Kadet Polis dan pemenang tempat ketiga ialah adik Nur Fitrah dari kelas 1B mewakili kelab Taekwondo. Sementara itu dalam pertandingan pengacaraan terbaik pemenangnya ialah ialah adik Filemon dari kelas 5Tenknorat.

Secara keseluruhannya penganjuran Bulan Sukan dan Seni ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan menyaksikan banyak sukan dan permainan yang telah dilaksanakan bagi menyahut seruan memperkasakan bidan ko-kurikulum dikalangan pelajar. terdapat banyak manfaat dan faedah yang diperolehi melalui pelaksanaan aktiviti seumpama ini.


Catatan Paling Popular