Rabu, 16 Mei 2012

Hari Guru 2012

Hari Guru 2012 disambut dengan sederhana sahaja tetapi meriah dan penuh simbolik di SMK Sikuati II pagi tadi. Sambutan hari guru pada tahun ini dilaksanakan pada 16 Mei 2012 berpandukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 untuk menghendaki Hari Guru peringkat sekolah dilaksanakan serentak seluruh Malaysia pada tarikh tersebut.

Acara sambutan hari guru yang bermula jam 8.00am pagi tadi telah diserikan oleh persembahan koir guru-guru Smeks2 dan deklamasi sajak, koir, coral speaking serta nyanyian pelajar (Juara Smeks2 Idol 2012). Pada jam 11.00am semua acara diberhentikan untuk memberi peluang kepada guru-guru dan pelajar untuk menonton siaran langsung ucapan menteri pelajaran sempena Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 di TV1.

Di dalam ucapan perasmian Hari Guru SMK Sikuati II 2012 oleh Tn. Hj. Ismail Tukimin, Pengetua SMK Sikuati II, beliau menyatakan bahawa kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menaikkan gred pengetua daripada gred DG48 kepada gred DG52 sementera semua penolong kanan dinaikkan gred daripada gred DG44 kepada gred DG48 berkuatkuasa 1 Januari 2012. Manakala guru-guru telahpun mendapat pelbagai insentif untuk terus cemerlang di dalam pengajaran di bilik darjah. Beliau berharap semua  insentif yang telah diberi oleh kerajaan ini akan menjadi pendorong kepada guru-guru untuk terus cemerlang dan berinovasi di dalam pengajaran mereka.

Pada 14 Mei 2012 tiga orang guru di SMK Sikuati II telah mendapat kenaikan gred. Mereka ialah Tn. Hj. Ismail Tukimin (Pengetua, Memangku Gred DG52), En. Johori Botohong (Penolong Kanan 1, Memangku Gred DG48) dan En. Nalmon Goyi (Penolong Kanan Kokurikulum, Memangku Gred DG48). 

Catatan Paling Popular