Sabtu, 6 Ogos 2011

Majlis Perasmian Bulan Sukan & Seni 2011

 
Pada tarikh 3/8/2011 bersamaan dengan hari rabu telah diadakan majlis perasmian penutupan bagi bulan sukan dan seni anjuran unit ko-kurikulum. Bersempena dengan majlis perasmian penutupan ini juga telah dijalankan konsert akhir Smeks2 Idol edisi ke-7 yang merupakan acara kemuncak pada program ini. Konsert ini telah diadakan bertempat di foyer terbuka SMK Sikuati 2.

Konsert akhir ini menampilkan 5 finalist yang berentap bagi merebut gelaran juara bagi edisi ini. Majlis ini bermula dengan ucapan daripada tuan Pengetua SMK Sikuati 2 iaitu Tuan Hj. Ismail Tukimin. Kehadiran pada konsert akhir kali ini adalah agak sederhana terutama daripada kalangan ibubapa. Namun begitu kemeriahannya tetap dirasakan dengan persaingan yang sengit daripada kalangan peserta.

Selain daripada konset akhir Smeks2 Idol. Pertandingan pengacara terbaik juga diadakan. Begitu juga dengan pertandingan daripada persembahan kelab dan persatuan. Pertandingan seumpama ini telah dapat mencungkil bakat dan memberikan peluang kepada pelajar untuk menujukkan kebolehan mereka dalam banyak bidang seperti nyanyian, lakonan dan tarian.

Keputusan akhir bagi Smeks2 Idol ialah dijuarai oleh adik RS. Aldermaye dari kelas ting. 1 A dan mewakili kelab KKVK. Sementara tempat kedua oleh adik Florist Ann Jimer dari kelas 2A mewakili Kadet Polis dan pemenang tempat ketiga ialah adik Nur Fitrah dari kelas 1B mewakili kelab Taekwondo. Sementara itu dalam pertandingan pengacaraan terbaik pemenangnya ialah ialah adik Filemon dari kelas 5Tenknorat.

Secara keseluruhannya penganjuran Bulan Sukan dan Seni ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan menyaksikan banyak sukan dan permainan yang telah dilaksanakan bagi menyahut seruan memperkasakan bidan ko-kurikulum dikalangan pelajar. terdapat banyak manfaat dan faedah yang diperolehi melalui pelaksanaan aktiviti seumpama ini.


Catatan Paling Popular