Rabu, 16 Mei 2012

Hari Guru 2012

Hari Guru 2012 disambut dengan sederhana sahaja tetapi meriah dan penuh simbolik di SMK Sikuati II pagi tadi. Sambutan hari guru pada tahun ini dilaksanakan pada 16 Mei 2012 berpandukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 untuk menghendaki Hari Guru peringkat sekolah dilaksanakan serentak seluruh Malaysia pada tarikh tersebut.

Acara sambutan hari guru yang bermula jam 8.00am pagi tadi telah diserikan oleh persembahan koir guru-guru Smeks2 dan deklamasi sajak, koir, coral speaking serta nyanyian pelajar (Juara Smeks2 Idol 2012). Pada jam 11.00am semua acara diberhentikan untuk memberi peluang kepada guru-guru dan pelajar untuk menonton siaran langsung ucapan menteri pelajaran sempena Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 di TV1.

Di dalam ucapan perasmian Hari Guru SMK Sikuati II 2012 oleh Tn. Hj. Ismail Tukimin, Pengetua SMK Sikuati II, beliau menyatakan bahawa kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menaikkan gred pengetua daripada gred DG48 kepada gred DG52 sementera semua penolong kanan dinaikkan gred daripada gred DG44 kepada gred DG48 berkuatkuasa 1 Januari 2012. Manakala guru-guru telahpun mendapat pelbagai insentif untuk terus cemerlang di dalam pengajaran di bilik darjah. Beliau berharap semua  insentif yang telah diberi oleh kerajaan ini akan menjadi pendorong kepada guru-guru untuk terus cemerlang dan berinovasi di dalam pengajaran mereka.

Pada 14 Mei 2012 tiga orang guru di SMK Sikuati II telah mendapat kenaikan gred. Mereka ialah Tn. Hj. Ismail Tukimin (Pengetua, Memangku Gred DG52), En. Johori Botohong (Penolong Kanan 1, Memangku Gred DG48) dan En. Nalmon Goyi (Penolong Kanan Kokurikulum, Memangku Gred DG48). 

Rabu, 22 Februari 2012

Smeks2 mensasarkan 15 pingat emas di Kejohanan Olahraga MSS Kudat 2012

Kejohanan Olahraga MSS Kudat yang diadakan pada 21 hingga 25 Februari 2012 telah dirasmi buka oleh En. Nordin Hj. Awang Besar, Pegawai Pelajaran Daerah Kudat petang kelmarin. Di hari pertama kejohanan ini SMK Pinawantai sedang mendahului pesaing-pesaingnya yang terdiri daipada 12 buah sekolah menengah di daerah Kudat. Pada hari pertama kebanyakan sekolah belum lagi menyerlah dan secara purata mendapat 1 pinta emas sahaja.

En. Nalmon Goyi, PK Kokurikulum SMK Sikuati II ketika ditemui, mengatakan bahawa sasaran Smeks2 pada tahun ini adalah 15 pingat emas. Pada hari pertama kejohanan ini, Smeks2 telah mengutip 1 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa. Smeks2 yang telah mendapat tempat kedua pada kejohanan Olahraga MSS Kudat tahun lepas diharapkan dapat menyerlahkan lagi bakat-bakat atlit mereka yang kelihatan sangat bersemangat.
En. Johori Botohong, PK 1, bersama kontingen Smeks2
"Juara menjadi sasaran kami...!"

Selasa, 1 November 2011

Pelajar Terbaik PMR 2009 & 2010 SMK Sikuati II

Senarai Top 10 Pelajar Terbaik PMR 2009 SMK Sikuati II
  1. Deviana Jery
  2. Filemon James
  3. Roziana Mohammad
  4. Alison Janari
  5. Julizcia Jubin
  6. Rio Lorenzo Beraun
  7. Yvonne Seronnie Wun Fui Yee
  8. Muhammad Zulhafiz B. Mat Jiamin
  9. Marsyvianvy Teofilus
  10. Yvonne Pinjaman

Senarai Top 10 Pelajar Terbaik PMR 2010 SMK Sikuati II
  1. Freshixora Jonal
  2. Sherlynee Raera Radani
  3. Mohd Hafiz Yatin
  4. Norlinda Adsun
  5. Nozla Lisah
  6. Noor Faezah Jimmy Pailan
  7. Vionesia Joring
  8. Maznieatul Arzillah Mazlan
  9. Prishella Jeffri
  10. Stevhanson Thomas
Senarai Top 10 Pelajar Terbaik SPM 2009 SMK Sikuati II
  1. Rienily Bin Beraun
  2. Olyvia Ann Joning
  3. Jicklie Bin Mosingkil
  4. Ira Nur Liyana Binti Hilmi
  5. Andy Bin Lesa
  6. Eally Jahiku
  7. Fahmy Azfy Bin Rudy
  8. Nur Aznina Binti Tibun
  9. Mike Ron Bin Ronald
  10. Sholastica Jelnis
Senarai Top 10 Pelajar Terbaik SPM 2010 SMK Sikuati II
  1. Arieona June Ronal
  2. Jason Kevin Joseph
  3. Alwe Alvera Kimis
  4. Vinyllia Caren Binti Sagunting
  5. Randy Bin Pain
  6. Nodli Lisah
  7. Aaron Charles
  8. Mailina Binti Alim
  9. Sofrih Binti Jelin
  10. Juvinnie Sutiam

      Catatan Paling Popular