Isnin, 15 Ogos 2011

Jamuan Sungkai Perpisahan Dan Majlis Jasamu Dikenang

Jamuan Sungkai Dan Majlis Jasamu Dikenang yang dianjurkan oleh Kelab Staf Smeks2 dilaksanakan dengan meriah dan penuh simbolik semalam (14 Ogos 2011) di Marudu Hall, Marina Resort, Kudat. Majlis yang penuh bermakna itu dimulakan kira-kira jam 5.50pm dengan ucapan En. Jafar Kumah (Pengerusi Kelab Staf), ucapan Tn. Hj. Ismail Tukimin (Pengetua SMK Sikuati II) dan ucapan perpisahan oleh 3 orang guru yang berpindah iaitu Pn. Juliana Ampion, En. Lamsudi Sarnika dan Pn. Linda Tali.
Pn. Juliana Ampion

Pn. Juliana Ampion, Ketua Bidang Bahasa di SMK Sikuati II telah berpindah ke SM St. Peter untuk menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Di dalam ucapannya ia menyatakan bahawa beliau sangat suka dengan suasana kerja di SMK Sikuati II, yang mana hubungan pentadbir dengan semua guru-guru dan AKS adalah sangat rapat. Beliau berkata "...jika saya diberi peluang untuk kembali bertugas di SMK Sikiuati II, saya tidak akan menolak peluang tersebut."

En. Lamsudi Sarnika, Guru Kaunselor Sepenuh Masa di SMK Sikuati II, telah berpindah ke SMK Banggi untuk menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Beliau berkata di dalam ucapanya "Smeks2 memang power...". Perkara yang beliau tidak dapat lupakan adalah tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak pentadbiran terutamanya pengetua, apabila ia memerlukannya di dalam menjalankan tugas di sekolah ini. Beliau berkata ia akan menggunakan pengalaman yang ia perolehi di sekolah ini untuk menjalankan tugasnya di SMK Banggi.

Pn. Linda Tali, Ketua Panitia Bahasa Melayu, telah berpindah ke SMK Abdul Rahim II untuk menjawat Ketua Bidang Bahasa. Di dalam ucapannya beliau berkata ia banyak mendapat pengalaman di sekolah ini dan yang paling ia suka adalah suasana kerja yang di SMK Sikuati II. Jika ada peluang beliau mahu bertugas kembali di SMK Sikuati II.
En. Lamsudi Sarnika & Tn. Hj. Ismail Tukimin

Majlis ini diserikan lagi dengan acara-acara seperti persembahan multimedia jasmu dikenang, penyampaian momento jasamu dikenang, sesi bergambar kenang-kenangan dan persembahan nyanyian oleh guru-guru Smeks2. Momento jasamu dikenang daripada seluruh pelajar Smeks2 disampaikan oleh adik Vivian Manau, Ketua Pengawas SMK Sikuati II kepada ketiga-tiga guru yang berpindah. Momento daripada PRS disampaikan kepada En. Lamsudi Sarnika oleh Ketua PRS SMK Sikuati II.

Tn. Hj. Ismail Tukimin di dalam ucapannya berkata "...kita mendoakan agar mereka terus berjaya di dalam kerjaya mereka di tempat bertugas yang baru". Beliau berharap pengalaman yang telah ditimba di sekolah ini dapat diaplikasikan, walau di manapun mereka bertugas untuk manfaat murid-murid dan kemajuan pendidikan di negara ini. Majlis bersurai sekitar jam 10.00pm.

Pn. Juliana Ampion, Pn. Linda Tali & En. Lamsudi Sarnika
Duduk (Dari Kiri): Jafar Kumah, Jukip Yuroy, Lamsudi Sarnika, Nalmon Goyi, Johori Botohong, Tn. Hj. Ismail Tukimin, Eillen Petra Francis, Juliana Ampion, Linda Tali, Ivy Christopher Gissong, Nor Afzan Suhaimi, Nor Azlina Ismail

Catatan Paling Popular