Rabu, 13 Julai 2011

Hari Guru Smeks2 2011


Hari guru tahun ini disambut dengan sederhana di SMK Sikuati II pada 27 Jun 2011. Sambutan yang berlangsung selama sehari tersebut dikelolakan oleh pelajar SMK Sikuati II dengan kerjasama guru-guru di bawah Bidang Kemanusiaan yang diketuai oleh Cik Widyawati @ Carolyn Jiran.

Sambutan Hari Guru yang dinamakan sebagai 'Hari Guru Smeks2 2011'  tersebut telah dikendalikan di dua tempat berasingan. Acara Sukaneka diadakan di padang sekolah [7.00am - 10.00 am] dan majlis perasmian [10.30 - 2.00pm] pula diadakan di foyer SMK Sikuati II.
Di antara acara sukaneka yang dipertandingkan di padang sekolah ialah:
  1. Si mulut panjang
  2. Gigi Tajam/Mulut Besar
  3. Kentut Beracun
  4. Bowling Kelapa
  5. Ratu Mumia
  6. Musical chair
  7. Baling/Sambut Belon
Memotong Kek Birthday Guru-guru
Majliis Hari Guru Smeks2 2011 telah dirasmikan oleh Hj. Ismail Tukimin, Pengetua SMK Sikuati II. Majlis tersebut telah diserikan dengan nyanyian coir guru-guru, persembahan pelajar, penyampaian hadiah, ikrar guru,  dan penyampaian pelbagai anugerah guru. Birthday guru-guru yang lahir pada bulan Mei - Julai juga turut diraikan pada hari tersebut.
Selamat Hari Guru 2011.

Catatan Paling Popular