Selasa, 26 Julai 2011

Perpindahan Guru-guru Kanan SMK Sikuati II

Baru-baru ini dua orang guru telah berpindah dari Smeks2 kerana dinaikkan pangkat. Tahniah buat Pn. Juliana bekas KB Bahasa telah naik pangkat menjadi PK Kokum di SM St. Peter sementara En. Lamsudi bekas kaunselor sekolah juga naik pangkat sebagai PK Kokum di SMK Banggi. Perpindahan kalian merupakan satu kehilangan yang besar kepada Smeks2.

En. Lamsudi Sarnika
[Guru Kaunseling Sepenuh Masa DG44]
Cert. Ed. MPIP, 1991(Kepujian)
Sarjana Muda Sastera (Psikologi Komunikasi)(Kepujian), UKM, 2001
Sijil Guru Bimbingan Sekolah Menengah (Cemerlang), MPTAR, 2005
- Telah berpindah ke SMK Banggi untuk menjawat jawatan PK Kokurikulum

Pn. Juliana Ampion
[Ketua Bidang Bahasa, DG44]
- Telah berpindah ke SM St. Peter untuk menjawat jawatan PK Kokurikulum


 

Rabu, 13 Julai 2011

Hari Guru Smeks2 2011


Hari guru tahun ini disambut dengan sederhana di SMK Sikuati II pada 27 Jun 2011. Sambutan yang berlangsung selama sehari tersebut dikelolakan oleh pelajar SMK Sikuati II dengan kerjasama guru-guru di bawah Bidang Kemanusiaan yang diketuai oleh Cik Widyawati @ Carolyn Jiran.

Sambutan Hari Guru yang dinamakan sebagai 'Hari Guru Smeks2 2011'  tersebut telah dikendalikan di dua tempat berasingan. Acara Sukaneka diadakan di padang sekolah [7.00am - 10.00 am] dan majlis perasmian [10.30 - 2.00pm] pula diadakan di foyer SMK Sikuati II.
Di antara acara sukaneka yang dipertandingkan di padang sekolah ialah:
  1. Si mulut panjang
  2. Gigi Tajam/Mulut Besar
  3. Kentut Beracun
  4. Bowling Kelapa
  5. Ratu Mumia
  6. Musical chair
  7. Baling/Sambut Belon
Memotong Kek Birthday Guru-guru
Majliis Hari Guru Smeks2 2011 telah dirasmikan oleh Hj. Ismail Tukimin, Pengetua SMK Sikuati II. Majlis tersebut telah diserikan dengan nyanyian coir guru-guru, persembahan pelajar, penyampaian hadiah, ikrar guru,  dan penyampaian pelbagai anugerah guru. Birthday guru-guru yang lahir pada bulan Mei - Julai juga turut diraikan pada hari tersebut.
Selamat Hari Guru 2011.

Catatan Paling Popular