Khamis, 25 Ogos 2011

KOPERASI SMEKS2 PENERAJU TRADISI

KUDAT, 23 Ogos 2011 - Koperasi Smeks2 atau tepatnya Koperasi SMK Sikuati II Kudat Berhad bakal menjadi peneraju tradisi majlis makan koperasi khususnya di Daerah Kudat kerana setakat ini belum pernah kedengaran koperasi-koperasi sekolah lain menganjurkan program seumpama ini.

Dalam ucapan alu-aluan pihak penganjur, En. Nalmon Goyi yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi  (ALK) SMK Sikuati II Kudat Berhad, merakamkan kesyukuran atas kejayaan koperasi pimpinannya.  Beliau kemudiannya merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ALK dan ahli Kelab Koperasi Smeks2 yang baginya sentiasa ceria dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.  Beliau turut merakamkan penghargaan khas kepada pihak sekolah yang banyak memberikan peluang dan kerjasama kepada pihak koperasi, malah menurut beliau kejayaan menganjurkan majlis itu juga adalah hasil kerjasama semua warga Smeks2.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Sikuati II, Tn. Hj. Ismail bin Tukimin.  Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada semua ALK dan para petugas koperasi (ahli Kelab Koperasi Smeks2) sesi 2010/2011.  Semasa  perasmian, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan koperasi atas perkhidmatan yang cemerlang kepada warga sekolah, khususnya kepada para murid.  Menurut beliau lagi, penganjuran majlis pada malam itu menjadi  salah satu penanda aras baru bagi menunjukkan kejayaan  sesebuah koperasi.
                       Gambar Atas                                                    
      Pengetua Smeks2 Tn. Hj. Ismail Tukimin                    
     (tengah) menyampaikan sijil kepada
     Pengerusi ALK Smeks2 En. Nalmon Goyi.
     Turut kelihatan ialah En. Wilfred Botohong,
     Ketua Penasihat Kelab Koperasi Smeks2.
                                                                                                  ALK (MURID) SESI 2010/2011
 P.K. 1 Smeks2, En. Johori Botohong menyampaikan hamper kepada yang bertuah, Pn. Arnni Guntarik (ALK).                                                             
Selain acara makan malam dan penyampaian sijil-sijil penghargaan, majlis itu juga dimeriahkan dengan acara cabutan tiket bertuah.  Antara yang bertuah pada malam tersebut termasuklah Pn. Eillen (PK Hem), Pn. Arnni (ALK) dan adik Rio Lorenzo (ALK murid).  Hadirin turut disajikan dengan persembahan nyanyian daripada guru-guru.  Mereka yang memeriahkan majlis dengan persembahan nyanyian termasuklah pengerusi ALK sendiri, En. Nalmon,  PK Pentadbiran En. Johori, En. Joliwon, En. Marinus, En. Wilfred (Ketua Penasihat Kelab Koperasi Smeks2) dan Cik Malini. Majlis ini dihadiri oleh semua ALK dan semua pentadbir Smeks2, iaitu pengetua, penolong-penolong kanan, ketua-ketua bidang, ketua warden dan ketua guru disiplin murid.

Catatan Paling Popular