Mengenai SMK Sikuati II

SMK Sikuati II terletak 26KM dari bandar Kudat dan 180KM dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pekan yang terdekat ialah pekan Sikuati iaitu 5KM dari SMK Sikuati II. Di kawasan pekan Sikuati terdapat sebuah klinik kesihatan, sebuah SM Teknik, 2 buah sekolah menengah, sebuah Pusat Latihan Perubatan UMS, sebuah Pusat Latihan Dakwah, masjid, gereja SDA, PCS dan SIB, 6 baris rumah kedai, sebuah pasar sayur dan sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan penduduk di kawasan ini.

Maklumat Perhubungan

Alamat: SMK Sikuati II, KM26 Jln Kudat-Kota Kinabalu, WDT 100, 89059 Kudat, Sabah.
Tel: 088-623352
Faks: 088-623257

 
SEJARAH RINGKAS 
Maklumat Pembinaan Bangunan

Nama Projek
SMK Sikuati II, Kudat, Sabah

Klien
Kerajaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Paras 1, Block J
Pusat Damansara
50604 Kuala Lumpur

Wakil Klien/Pelanggan
KIP Management Sdn. Bhd.
1st Floor, Lot 12
Fortuna Commercial Centre
Lorong Seroja 2, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu, Sabah

Kontraktor
RICHALLENGE CORPORATION SDN. BHD.
Lot 8, Blk 15, 1st Floor, Bandar Baru Penampang
P.O.Box 20090 Luyang, 88757 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Kontrak No.
KP/BPB PEM(1)189/2002
Harga Kontrak
RM35,800,000.00

Tempoh Pembinaan
Tempoh 20 Bulan

Tarikh Milik Tapak
13 Januari 2003
Tarikh Siap Asal
12 September 2004

 
Awal Pembukaan SMK Sikuati II

SMK Sikuati II mula menerima guru-guru baru pada bulan Disember 2004. Guru pertama dihantar ke sekolah ini adalah En. Johori Botohong yang ditugaskan sebagai Caretaker bagi SMK Sikuati II bermula pada 16 Disember 2004. Sekolah ini mula menerima kemasukan murid-murid baru di tingkatan 1 dan 4 pada 2 Januari 2005. Sekolah mula dibuka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada 3 Januari 2005 dengan membuka 3 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 4(1 kelas sains dan 1 kelas perdagangan). Seramai 4 orang guru sahaja yang mengendalikan sekolah pada ketika itu iaitu En. Johori Botohong (Caretaker/Penolong Kanan 1), En. Ramin Pagi (PK HEM), En. Nalmon Goyi (PK Kokurikulum) dan En. Jamot Yusevender Peter (Ketua Bidang Kemanusiaan).

Dalam masa dua bulan bilangan pelajar semakin  bertambah dan akhirnya sekolah ini mampu membuka 3 kelas tingkatan 1 dan 3 kelas tingkatan 4 (termasuk 1 kelas sains). Bilangan guru juag telah bertambah kepada 8 oraang kesemuanya termasuk seorang pengetua. Pengetua pertama SMK Sikuati II, En. Edward Mathew Hunggim, telah melaporkan diri bertugas di sekolah ini pada 27 Januari 2005. Beliau bertugas sebagai pengetua SMK Sikuati II sehingga bulan Mac 2008. Beliau mendapat pertukaran setara ke SMK Minggan Pinggan dan tugasnya sebagai pengetua di SMK Sikuati II telah diteruskan oleh Tuan Haji Ismail Tukimin. Tuan Hj. Ismail Tukimin bertugas sebagai pengetua SMK Sikuati II sehingga kini.

Visi SMK Sikuati II
Cemerlang Akademik Akademik, Sahsiah & Kokurikulum 2007 (C ASK 2007) - Rancangan Strategik 3 tahun
Gemilang Akademik, Sahsiah & Kokurikulum 2012 (GASK 2012)- Rancangan Strategik 5 tahun


Catatan Paling Popular