Kejohanan Olahraga MSS Kudat yang diadakan pada 21 hingga 25 Februari 2012 telah dirasmi buka oleh En. Nordin Hj. Awang Besar, Pegawai Pelajaran Daerah Kudat petang kelmarin. Di hari pertama kejohanan ini SMK Pinawantai sedang mendahului pesaing-pesaingnya yang terdiri daipada 12 buah sekolah menengah di daerah Kudat. Pada hari pertama kebanyakan sekolah belum lagi menyerlah dan secara purata mendapat 1 pinta emas sahaja.
En. Nalmon Goyi, PK Kokurikulum SMK Sikuati II ketika ditemui, mengatakan bahawa sasaran Smeks2 pada tahun ini adalah 15 pingat emas. Pada hari pertama kejohanan ini, Smeks2 telah mengutip 1 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa. Smeks2 yang telah mendapat tempat kedua pada kejohanan Olahraga MSS Kudat tahun lepas diharapkan dapat menyerlahkan lagi bakat-bakat atlit mereka yang kelihatan sangat bersemangat.
En. Johori Botohong, PK 1, bersama kontingen Smeks2 "Juara menjadi sasaran kami...!" |